10 Tips Mewujudkan keyakinan diri;
- 1.Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti
orang lain, tiada yang kurang dan tiada juga yang lebihnya.
- 2.Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat? Pedulikan apa
orang nak kata tapi yang penting pelajari apa orang lain buat terlebih
dahulu sebelum kita buat.
- 3.Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya.
Jangan biarkan ia terus berkekalan tanpa ada sebarang usaha dari anda.
- 4.Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif. Berani!
- 5.Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat. Ketepikan! Tonjolkan diri anda.
- 6.Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.
- 7.Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu. Ya saya boleh!
- 8.Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang
kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk
menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.
- 9.Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah,
tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.
- 10.Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau
bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas. Masa itu emas! Setiap waktu
berharga.